SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Untuk Renungan Murid KomSTar
Sijil Pelajaran Malaysia atau SPM merupakan peperiksaan yang dikelolakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia kepada semua murid yang mengikuti pembelajaran berdasarkan kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia merupakan satu garis penilaian untuk mengukur tahap kesediaan murid untuk meneruskan cabarana dalam pendidikan akademik ditahap yang lebih tinggi. Usia purata bagi setiap murid semasa menduduki peperiksaan SPM ini ialah semasa berumur 17 tahun, iaitu setelah tamat pembelajaran tingkatan 5. Ini merupakan ujian terakhir pendidikan sekolah menengah setelah melalui zaman persekolah asas selama 11 tahun.
SPM merupakan syarat utama untuk murid di Malaysia untuk menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti. Murid mempunyai pilihan untuk menjadi pelajar yang akan mengambil STPM, atau memperolehi sijil Matrikulasi dari pusat matrikulasi mahupun kursus asasi di universiti-universiti. Pelajar juga berpeluang untuk mengambil kursus profesional atau kursus persediaaan keluar negara seperti A-level sekiranya lulus SPM dengan memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
Selain dari itu, pemegang SPM juga berpeluang untuk menyambung pembelajaran mereka dalam bidang teknikal sekiranaya memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Bagi menyandang kerjaya dalam kumpulan sokongan perkhidmatan awam mahupun swasta, SPM juga dijadikan sebagai kelayakan utama.
Kesimpulannya, di Malaysia, SPM merupakan satu kelayakan yang wajib diperolehi oleh setiap warganegaranya sama ada untuk memasuki bidang kerjaya, mahupun menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi mereka yang tidak mencapai tahap kelayakan SPM, terpaksalah sama ada memilih kerjaya yang sukar ataupun perlu berfikiran kreatif dan mempunyai modal yang cukup bagi memulakan perniagaan sendiri. Ini sangat memerlukan keyakinan diri yang tinggi disamping ilmu pengetahuan yang cukup.
Melalui penulisan ini, cikgu mengambil peluang untuk mengajak semua calon SPM KomSTar bagi tahun 2020 agar jangan berputus asa bagi menyediakan diri sebaik-baiknya bagi menghadapi SPM yang bakal menjelang dalam jangka masa yang tidak menentu akibat dari pendemik yang melanda bumi Malaysia hari ini. Jangan difikirkan bila tarikh akan dilangsungkan SPM, tetapi gunakan ruang masa yang ada untuk memantapkan persediaan, rapatilah guru anda, bertanyakan kepada guru sekiranya ada kekeliruan. Gunakanlah masa yang dilanjutkan sebagai peluang untuk lebih bersedia. Sesungguhnya kejayaan yang akan anda semua perolehi merupakan anugerah Illahi atas kegigihan usaha anda. Berusahalah bersungguh-sungguh dan bertawakallah kepada Allah S.W.T kerana Allah akan sentiasa ada bersama kita. Mohonlah pertolongan dariNya.
Mendepani Pendidikan Global
Kuala Nerus Prihatin
KomSTar Nelang
Bingkisan dari
Norjamalullail bin Mohd Noor
Pengetua
Jadual SPM 2020 terkini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan