Bermula

Assalamualaikum..... Sebermula 30 Disember 2020, maka satu blog baharu berhubung dengan perkembangan di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus membuka lembaran untuk tatapan pengunjung bagi mengantikan blogspot lama yang tidak diketahui siapa adminnya. Suasana masih dalam pembinaan

Ahad, 14 Februari 2021

 MAJLIS PERSARAAN NORMA BAHARU

9 Februari 2021, KomSTar sekali lagi kehilangan satu kilauan permata yang selama ini bercahaya bagi menerangi laluan yang perlu dilalui oleh anak-anak murid KomSTar. Tidak dapat dinafikan, seiring dengan perjalanan masa, waktu untuk meninggalkan perkhidmatan secara wajib pasti tiba jua. Hari ini merupakan hari terakhir untuk Pn. Norzila bt. Abdullah menamatkan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam, dan secara rasminya beliau menamatkan perkhidmatan pada 14 Februari 2021.

Kehilangan yang besar ini sukar dicari ganti, namun terpaksa dihadapi. Insya Allah atas budi dan semaian yangvtelah ditaburkan selama ini telah dan akan terus membuahkan hasil yang cemerlang. Kami semua mendoakan agar cikgu akan terus berada dalam kerahmatan Illahi, serta dapat menggunakan masa selepas ini untuk terus menabur bakti untuk anak-anak Seberang Takir.

Majlis Secara langsung Melalui Stream Yard dan FB

Ucapan Terakhir dari Yang Diraikan

Thumb Print Terakhir


 SUMBANGAN SANITASI TANGAN OLEH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU

9 Februari 2021, SMK Kompleks Seberang Takir telah dikunjungi oleh wakil BSMM Cawangan Negeri Terengganu, Cg. Ahmad b. Awang, yang juga merupakan mantan Pengetua SMK Kompleks Seberang Takir. Kehadiran beliau adalah untuk menyampaikan sumbangan sanitasi tangan untuk digunakan semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula pada 22 Februari 2021. Didoakan dengan sumbangan yang diberikan akan meningkatkan tahap keselamatan jangkitan penyakit di sekolah ini.



KUNJUNGAN YB DATO' SRI CG. HJ. AHMAD RAZIF BIN HJ. ABD. RAHMAN, PENGERUSI PIBG SMK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, TERENGGANU

Pada 8 Februari Sekolah dikunjungi oleh YB Dato' Sri Cg. Hj. Ahmad Razif bin Hj. Abd. Rahman, Pengerusi PIBG SMK Kompleks Seberang Takir, yang juga ADUN Seberang Takir. Kunjungan beliau telah dikenakan dengan saringan dan pematuhan SOP PKP yang ketat. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah memberi rangsangan kepada semua guru-guru yang komited menabur bakti kepada kemenjadian murid-murid SMK Kompleks Seberang Takir, yang sebahagian besar merupakan anak-anak Seberang Takir.

Dalam kunjungan tersebut, beliau sempat menyampaikan cenderamata kepada guru yang akan bersara, iaitu Pn. Norzila bt. Abdullah. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000.00 bagi tujuan makan dan minum semua calon SPM semasa peperiksaan SPM, bagi mengelakkan calon peperiksaan meninggalkan pusat sewaktu peperiksaan dijalankan.

Beliau juga menyampaikan sumbangan makan tengah hari untuk semua guru dan murid yang hadir ke sekolah pada hari tersebut, dan sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengetua, sebagai mewakili semua warga SMK Kompleks Seberang Takir.

Kunjungan selama 30 minit tersebut diakhiri dengan mengaminkan doa oleh kumpulan guru yang menyambut kehadiran Pengerusi PIBG Sekolah.