Bermula

Assalamualaikum..... Sebermula 30 Disember 2020, maka satu blog baharu berhubung dengan perkembangan di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus membuka lembaran untuk tatapan pengunjung bagi mengantikan blogspot lama yang tidak diketahui siapa adminnya. Suasana masih dalam pembinaan

Ahad, 14 Februari 2021

KUNJUNGAN YB DATO' SRI CG. HJ. AHMAD RAZIF BIN HJ. ABD. RAHMAN, PENGERUSI PIBG SMK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, TERENGGANU

Pada 8 Februari Sekolah dikunjungi oleh YB Dato' Sri Cg. Hj. Ahmad Razif bin Hj. Abd. Rahman, Pengerusi PIBG SMK Kompleks Seberang Takir, yang juga ADUN Seberang Takir. Kunjungan beliau telah dikenakan dengan saringan dan pematuhan SOP PKP yang ketat. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah memberi rangsangan kepada semua guru-guru yang komited menabur bakti kepada kemenjadian murid-murid SMK Kompleks Seberang Takir, yang sebahagian besar merupakan anak-anak Seberang Takir.

Dalam kunjungan tersebut, beliau sempat menyampaikan cenderamata kepada guru yang akan bersara, iaitu Pn. Norzila bt. Abdullah. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000.00 bagi tujuan makan dan minum semua calon SPM semasa peperiksaan SPM, bagi mengelakkan calon peperiksaan meninggalkan pusat sewaktu peperiksaan dijalankan.

Beliau juga menyampaikan sumbangan makan tengah hari untuk semua guru dan murid yang hadir ke sekolah pada hari tersebut, dan sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengetua, sebagai mewakili semua warga SMK Kompleks Seberang Takir.

Kunjungan selama 30 minit tersebut diakhiri dengan mengaminkan doa oleh kumpulan guru yang menyambut kehadiran Pengerusi PIBG Sekolah.



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan