Bermula

Assalamualaikum..... Sebermula 30 Disember 2020, maka satu blog baharu berhubung dengan perkembangan di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus membuka lembaran untuk tatapan pengunjung bagi mengantikan blogspot lama yang tidak diketahui siapa adminnya. Suasana masih dalam pembinaan

Ahad, 14 Februari 2021

 MAJLIS PERSARAAN NORMA BAHARU

9 Februari 2021, KomSTar sekali lagi kehilangan satu kilauan permata yang selama ini bercahaya bagi menerangi laluan yang perlu dilalui oleh anak-anak murid KomSTar. Tidak dapat dinafikan, seiring dengan perjalanan masa, waktu untuk meninggalkan perkhidmatan secara wajib pasti tiba jua. Hari ini merupakan hari terakhir untuk Pn. Norzila bt. Abdullah menamatkan perkhidmatan dalam perkhidmatan awam, dan secara rasminya beliau menamatkan perkhidmatan pada 14 Februari 2021.

Kehilangan yang besar ini sukar dicari ganti, namun terpaksa dihadapi. Insya Allah atas budi dan semaian yangvtelah ditaburkan selama ini telah dan akan terus membuahkan hasil yang cemerlang. Kami semua mendoakan agar cikgu akan terus berada dalam kerahmatan Illahi, serta dapat menggunakan masa selepas ini untuk terus menabur bakti untuk anak-anak Seberang Takir.

Majlis Secara langsung Melalui Stream Yard dan FB

Ucapan Terakhir dari Yang Diraikan

Thumb Print Terakhir


 SUMBANGAN SANITASI TANGAN OLEH BULAN SABIT MERAH MALAYSIA CAWANGAN NEGERI TERENGGANU

9 Februari 2021, SMK Kompleks Seberang Takir telah dikunjungi oleh wakil BSMM Cawangan Negeri Terengganu, Cg. Ahmad b. Awang, yang juga merupakan mantan Pengetua SMK Kompleks Seberang Takir. Kehadiran beliau adalah untuk menyampaikan sumbangan sanitasi tangan untuk digunakan semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang akan bermula pada 22 Februari 2021. Didoakan dengan sumbangan yang diberikan akan meningkatkan tahap keselamatan jangkitan penyakit di sekolah ini.



KUNJUNGAN YB DATO' SRI CG. HJ. AHMAD RAZIF BIN HJ. ABD. RAHMAN, PENGERUSI PIBG SMK KOMPLEKS SEBERANG TAKIR, KUALA NERUS, TERENGGANU

Pada 8 Februari Sekolah dikunjungi oleh YB Dato' Sri Cg. Hj. Ahmad Razif bin Hj. Abd. Rahman, Pengerusi PIBG SMK Kompleks Seberang Takir, yang juga ADUN Seberang Takir. Kunjungan beliau telah dikenakan dengan saringan dan pematuhan SOP PKP yang ketat. Dalam kunjungan tersebut, beliau telah memberi rangsangan kepada semua guru-guru yang komited menabur bakti kepada kemenjadian murid-murid SMK Kompleks Seberang Takir, yang sebahagian besar merupakan anak-anak Seberang Takir.

Dalam kunjungan tersebut, beliau sempat menyampaikan cenderamata kepada guru yang akan bersara, iaitu Pn. Norzila bt. Abdullah. Selain itu, beliau juga turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2000.00 bagi tujuan makan dan minum semua calon SPM semasa peperiksaan SPM, bagi mengelakkan calon peperiksaan meninggalkan pusat sewaktu peperiksaan dijalankan.

Beliau juga menyampaikan sumbangan makan tengah hari untuk semua guru dan murid yang hadir ke sekolah pada hari tersebut, dan sumbangan tersebut telah diterima oleh Pengetua, sebagai mewakili semua warga SMK Kompleks Seberang Takir.

Kunjungan selama 30 minit tersebut diakhiri dengan mengaminkan doa oleh kumpulan guru yang menyambut kehadiran Pengerusi PIBG Sekolah.



 

Khamis, 28 Januari 2021

 MAJLIS PERSARAAN NORMAL BAHARU

PUAN HAJAH  THUAIBATUL ASLAMIAH BINTI HASHIM


KomSTar, 28 Januari 2021, SMK Kompleks Seberang Takir telah kehilangan seorang guru yang berdedikasi, yang juga merupakan kumpulan peneroka SMK Kompleks Seberang Takir, yang menyimpan banyak peristiwa pahit dan manis bersama perkembangan SMK Kompleks Seberang Takir sebagai salah satu institusi pendidikan. Jasa beliau begitu besar sehingga persaraannya merupakan satu kehilangan besar yang tiada ganti.

Setelah menabur bakti sebagai pendidik selama 28 Tahun 5 Bulan 28 Hari, akhirnya Puan Hajah Thuaibatul Aslamiah binti Hashim terpaksa akur bahawa persaraan menjadi satu kewajipan yang harus dilalui olehnya. Kami amat berterima kasih atas segala jasa beliau dalam dunia pendidikan.

Hari ini dalam majlis berbentuk norma baharu, satu majlis keraian persaraan telah dijalankan secara dalam talian secara "live streaming" melalui google meet dan youtube channel Komstar TV.

Semoga cikgu akan sentiasa bahagia di samping keluarga dan sentiasa dirahmati Allah.

Ucapan Akhir Seorang Guru melalui Google Meet

Merakam kali terakhir sebagai Penjawat Awam


Selasa, 19 Januari 2021

Penghantaran, Pengambilan Buku Teks dan Pembelian Buku Tulis Secara Pandu Lalu

Pandemik Corona Virus -19 yang melanda telah menimbulkan kesan kepada kita semua sehingga kita perlu berusaha untuk memutuskan rangkaian penularannya. Sebagai usaha menyokong usaha Kerajaan Malaysia memastikan kita semua akan segera bebas dari penularan ini, pihak sekolah dengan pematuhan kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan agihan Buku Teks 2021 secara pandu lalu kepada murid melalui ibu bapa mereka. Ini mungkin memberi kesukaran kepada banyak pihak, namun kita semua terpaksa berkorban demi keutuhan Agama, Bangsa dan Negara. Di sini saya merayu kepada semua ibu atau bapa yang berkemampuan untuk meluang sedikit masa demi masa depan anak-anak murid KomSTar ini. Kalau buka kita yang berkorban untuk mereka, siapa lagi yang akan melakukan pengorbanan ini.
    Tanpa bekalan buku teks sebagai rujukan, mungkin akan terus membebankan mereka untuk meneruskan pembelajaran mereka secara berjauhan dengan guru mereka. Insya Allah dengan bekalan buku teks, akan membantu anak-anak murid KomSTar untuk terus maju ke hadapan. 
    Bersama ini saya lampirkan tatacara proses berkenaan, dengan harapan mendapat sokongan yang kuat dari ibu bapa, dan kehadiran ibu bapa mengambil buku teks ini amatlah diucapkan terima kasih. Pastikan segala SOP PKP dipatuhi sepanjang proses pengambilan buku teks ini.



Sebarang persoalan boleh berhubung dengan guru kelas anak masing-masing ataupu boleh berhubung terus kepada Pengetua sekolah di talian 019-9348365

Sekian, terima kasih.



Isnin, 18 Januari 2021

 MESYUARAT GURU 2021 KALI PERTAMA

TARIKH : 17 JANUARI 2021

MASA : JAM 8.30 PAGI

PELANTAR : GOOGLE MEET 


Pre Mesyuarat : Jam 9.00 malam 16/1/2021



Mesyuarat





Pemantauan Mesyuarat oleh PPS PPDKN




 SESI PERSEKOLAHAN 2021


Merujuk kepada pengumuman Menteri Kanan Pendidikan Malaysia, Jadual persekolahan adalah sebagaimana berikut:

Tingkatan

Bersemuka

PDPR

Catatan

5 (2020)

20 Januari 2021

Tiada

Sehingga SPM

5 (2021)

Tiada

20 Januari 2021

Sehingga dimaklumkan

4 (2021)

Tiada

20 Januari 2021

Sehingga dimaklumkan

3 (2021)

Tiada

20 Januari 2021

Sehingga dimaklumkan

2 (2021)

Tiada

20 Januari 2021

Sehingga dimaklumkan

1 (2021)

Tiada

20 Januari 2021

Sehingga dimaklumkan


Sehubungan dengan itu, agihan buku teks oleh pihak sekolah dan jualan peralatan persekolahan oleh pihak koperasi sekolah akan dimulakan pada Jam 9.00 pagi, 20 Januari. 

Jadual khusus untuk aktiviti tersebut akan dimaklumkan selepas ini.

Pelibatan ibu bapa amat diharapkan bagi tujuan ini kerana urusan pembelian peralatan sekolah, pemulangan buku teks dan penerimaan buku teks akan diuruskan oleh ibu atau bapa sahaja pada waktu berkenaan.

Sekian.

Pengetua