Bermula

Assalamualaikum..... Sebermula 30 Disember 2020, maka satu blog baharu berhubung dengan perkembangan di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus membuka lembaran untuk tatapan pengunjung bagi mengantikan blogspot lama yang tidak diketahui siapa adminnya. Suasana masih dalam pembinaan

Selasa, 19 Januari 2021

Penghantaran, Pengambilan Buku Teks dan Pembelian Buku Tulis Secara Pandu Lalu

Pandemik Corona Virus -19 yang melanda telah menimbulkan kesan kepada kita semua sehingga kita perlu berusaha untuk memutuskan rangkaian penularannya. Sebagai usaha menyokong usaha Kerajaan Malaysia memastikan kita semua akan segera bebas dari penularan ini, pihak sekolah dengan pematuhan kepada arahan Kementerian Pendidikan Malaysia akan melaksanakan agihan Buku Teks 2021 secara pandu lalu kepada murid melalui ibu bapa mereka. Ini mungkin memberi kesukaran kepada banyak pihak, namun kita semua terpaksa berkorban demi keutuhan Agama, Bangsa dan Negara. Di sini saya merayu kepada semua ibu atau bapa yang berkemampuan untuk meluang sedikit masa demi masa depan anak-anak murid KomSTar ini. Kalau buka kita yang berkorban untuk mereka, siapa lagi yang akan melakukan pengorbanan ini.
    Tanpa bekalan buku teks sebagai rujukan, mungkin akan terus membebankan mereka untuk meneruskan pembelajaran mereka secara berjauhan dengan guru mereka. Insya Allah dengan bekalan buku teks, akan membantu anak-anak murid KomSTar untuk terus maju ke hadapan. 
    Bersama ini saya lampirkan tatacara proses berkenaan, dengan harapan mendapat sokongan yang kuat dari ibu bapa, dan kehadiran ibu bapa mengambil buku teks ini amatlah diucapkan terima kasih. Pastikan segala SOP PKP dipatuhi sepanjang proses pengambilan buku teks ini.



Sebarang persoalan boleh berhubung dengan guru kelas anak masing-masing ataupu boleh berhubung terus kepada Pengetua sekolah di talian 019-9348365

Sekian, terima kasih.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan