MESYUARAT PENGURUSAN SEKOLAH BIL1/2021
Pada tarikh 11 Januari 2021, bertempat di Qiunara Al Safir, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan mesyuarat pertama yang menjurus kepada persiapan pembukaan sekolah bagi sesi 2021.
Antara yang dibincangkan ialah harapan Jabatan Pendidikan Terengganu terhadap kemenjadian murid bagi memenuhi aspirasi negara.
Beberapa ketetapan telah digariskan dan diputuskan bersama untuk dibentangkan dalam mesyuarat guru kali pertama yang akan diadakan pada 17 Januari 2021, Jam 8.00 pagi bertempat di Dewan Besar SMK Kompleks Seberang Takir. Semua guru yang hadir dikehendaki mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah.
Mesyuarat kali ini dimulakan pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.30 tengah hari.
Disediakan oleh
Norjamalullail b. Mohd Noor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan