Bermula

Assalamualaikum..... Sebermula 30 Disember 2020, maka satu blog baharu berhubung dengan perkembangan di SMK Kompleks Seberang Takir, Kuala Nerus membuka lembaran untuk tatapan pengunjung bagi mengantikan blogspot lama yang tidak diketahui siapa adminnya. Suasana masih dalam pembinaan

Isnin, 4 Januari 2021

 Program Toturial Sentuhan Kasih PIBG KomSTar

Jadual Siri Kedua


SPM tetap akan menjelang walaupun kita masih berada dalam ancaman Pendemik Corana Virus-19. Berhadapan dengan ancaman tersebut, pihak kerajaan Malaysia terpaksa melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan. Ini menyebabkan proses PdPC terganggu kerana sekolah terpaksa ditutup kepada aktiviti PdPc bagi mengelakkan kemungkinan berlakunya penularan diluar kawalan.
Setelah pendemik ini berada dalam kawalan pihak kerajaan, maka kerajaan telah mengeluarkan arahan PKPP untuk seluruh Malaysia, kecuali kawasan tertentu yang dikenakan PKPB dan juga PKPD. Sehubungan dengan itu, pihak KPM terpaksa mengarahkan sekolah ditutup sehingga cuti akhir tahun iaitu 17 Disember 2020.
Memandangkan negeri Terengganu telah berada dalam arahan PKPP kerana dinatakan sebagai Zon Hijau, maka pihak PIBG KomSTar di bawah kepimpinan YB Dato' Sri Cg. Hj Ahmad Razif bin Hj Abd. Rahman telah memainkan peranan dengan menganjurkan kelas toturial khas untuk calon SPM SMK KomSTar. 
Kelas toturial ini telah dijalankan di Wisma Belia Permata Kg. Baharu Seberang Takir bermula dari 6 Disember 2020 dan berakhir pada 24 Disember 2020 bagi siri pertama. Kelas ini disambung bagi siri kedua bermula 3 Januari 2021 sehingga 7 Januari 2021. 
Kelas yang diadakan ini telah berjalan dengan lancar dengan harapan dapat membantu calon SPM KomSTar membuat persediaan yang sewajarnya untuk menghadapi SPM. Semoga usaha murni PIBG dan semua guru yang menyertainya secara sukarela diberkati Allah dan seterusnya dikurniakan hasil yang tidak ternilai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan